TAJUK UTAMA

SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH FAKTANYA NAMUN SEJARAH PERLU DITELUSURI SEHINGGA MERUNGKAI MISTERI DAN MERUNGKAP IBRAHNYA

Monday, March 23, 2020

Toh Purba Lahamat...miliki ilmu kebatinan di Hulu Perak

Ilmu kebatinan tidak lekang dengan alam Melayu Nusantara, siri bercakap dengan jin berdasarkan Novel "bercakap dengan jin" yang ditulis oleh Allahyarham Tamar Jarlis sangat akronim dengan ilmu kebatinan samada yang dimiliki oleh si pemegang watak Tok Long Piah atau kisah misteri yang dirungkainya. 

Novel “Siri Bercakap Dengan Jin” disiarkan dalam majalah Variasari sejak April 1981 hinggalah ke Januari 2005. Untuk makluman anda, inilah siri novel seram yang paling panjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa. Pada 1980, majalah Variasari telah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan mengatasi majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan novel ini sejak dari April 1985 sehingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun 6 bulan lamanya.

Terdapat satu episod "bercakap dengan jin" yang mempamerkan adegan Tok Long Piah berusaha menangkap penjenayah yang melarikan dari tahanan polis, dengan ilmu batin yang dimiliki penjenayah berkenaan dengan mudah terbuka gari yang melekap di pergelanggan tangannya. Kemudian penjenayah berkenaan terus terjun dari kenderaan pacuan empat roda polis terus menyembunyikan dirinya di dalam sungai selama beberapa ketika. Tok Long Piah memaklumkan kepada pegawai polis berkenaan yang penjenayah tersebut memiliki ilmu tahan dalam air. Akhirnya dengan ilmu yang dimiliki Tok Long Piah dapat membantu menimbulkan penjenayah di dalam air sungai. Mungkin pada penulis beranggapan ini kisah yang ditulis dalam novel "siri bercakap dengan jin" namun apa yang memeranjatkan penulis terbaca sebuah keratan akbar Berita Harian bertarikh Ahad, 5 Febuari 2017 yang bertajuk "Gerik Meriah dalam Sunyi"

Toh Purba Lahamat 

Antara pemimpin disegani di Hulu Perak terutamanya Gerik, Kroh dan Lenggong. Berdasarkan rekod sejarah, gelaran itu dianugerahkan Sultan Perak kepada anak tempatan yang berjasa.

Toh Purba Lahamat adalah orang yang di segani di Daerah Grik. Kehandalan Orang Besar ke-32 itu menjadi sejarah kepada penduduk Hulu Perak dan menjadi cerita rakyat Toh Purba Lahamat yang sangat disegani penduduk Kampung Bersia yang dipimpinnya ketika hayatnya masih ada.

Toh Purba Lahamat sering dipanggil mencari mangsa lemas di tasik dan sungai. Ia lebih dihormati kerana berjasa merekrut tenaga pejuang untuk pasukan Force 136. Malah, allahyarham dikatakan turut membantu mereka yang diburu tentera Jepun menyelamatkan diri di hutan belantara sehingga Kampung Temengor dan kampung Belum Lama.

Tok Lahamat juga handal ilmu kebatinan dikatakan pernah bersembunyi selama berhari-hari dalam air bagi mengelak ditangkap musuh.

Sememangnya misteri khazanah negeri Perak sukar untuk dirungkaikan. Ada yang beranggapan ianya sekadar mitos, kisah-kisah bualan orang tua lama yang tiada punca rujukan kesahihannya. Namun disebalik kisah misteri ada kebenarannya, terutama kisah tentang ketinggian ilmu kebatinan yang dimiliki dalam Sejarah Melayu Perak. Sungguhpun begitu, penulis juga pernah membaca catatan atau artikel yang bertajuk Tangisan Di Kampung Beko, Kekejaman Penganas Komunis. Apa yang menarik ketika itu, penduduk kampung Beko teruja mengamalkan ilmu kebatinan untuk menghalang dan menghindari serangan pengganas Komunis. 

Kisah "Mat Kilau" sudah menjadi bukti tatapan alam sejarah Melayu yang menyaksikan kehebatan beliau yang memiliki ilmu kebatinan yang tiada tandingnya. Sejarah Pejuang Melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Tokku Paloh, Mat Salleh dan Rentap rata-ratanya jika ditelusuri sejarah setiap mereka mempunyai ketertkaitan dengan ilmu kebatinan yang membukamkan dan membisukan penjajah Britis di kala itu. 

Catatan sejarah, menyadur ungkapan pegawai atas British Frank Sweettenhem, beliau binggung bagaimana orang Melayu yang suka berperang tapi selalunya hilang tanpa meninggalkan kesan jejak.  Berikut kebinggungannya di sadur daripada catatan Facebook Persatuan Silat Sendeng Haji Hamid.

Frank Swettenham yang hairan melihat orang melayu yang suka berperang tetapi tidak pernah dilihat oleh beliau memakai baju perisai. Maka telah menyatakan hajatnya untuk kehebatan ilmu pendekar melayu yang dikatakan benar-benar hebat.
Apabila Raja Mahmud mendengar tentang hasrat Frank Swettenham itu, beliau menawarkan diri untuk menunjukkan pada Frank Stettenham betapa hebatnya ilmu yang ada pada pendekar-pendekar melayu ketika itu.
Raja Mahmud adalah berdarah keturunan raja bugis dan juga dikenali sebagai Raja Mahmud Kapak Cina. Beliau rapat dengan residen Inggeris tersebut.
Raja Mahmud meminta Frank Swettenham untuk menyediakan sepucuk meriam yang besar dan beliau berdiri di hadapan meriam tersebut dengan mucungnya tepat menghala ke dadanya.
Setelah bersedia, Raja Mahmud pun mengarahkan sumbu meriam itu dinyalakan. Apabila berdentum sahaja meriam itu, pelurunya tepat mengenai sasaran iaitu dada Raja Mahmud.
Terpelanting beliau dibawa peluru sejauh serantai sehinggakan tiga batang pokok kelapa di belakang beliau tumbang.
Apabila hilang bunyi dentuman meriam, asap belerang ditiup angin, kelihatan Raja Mahmud berjalan ke tempat di mana Frank Swettenham berdiri dengan mulutnya terlopong, tercengang dengan kejadian yang baru beliau saksikan.
Terdapat kesan bulat di baju Raja Mahmud dimana peluru meriam itu menyinggah. Dengan selamba Raja Mahmud bercakap
" Baju ada kotor sikit"
Beliau meninggalkan Frank Swettenham yang masih termangu-mangu dan kelu serta berasa takjub.

Ilmu kebatinan yang dimiliki oleh pendekar-pendekar Melayu bukan diperolehi dengan amalan-amalan syirik dan khurafat. Masyarakat Melayu pada umumnya menganggap setiap kebatinan yang diperolehi mesti melalui proses pemujaan, jampi mentera dan sebagainya. Namun, penulis ingin mengingatkan tokoh-tokoh pejuang ini seseorang yang memiliki sifat warak dan keilmuaan agama yang tinggi mereka memiliki dan menguasai ilmu tasawuf(tingkatan tertinggi dalam bidang ilmu). tiada unsur pendamping jin atau makhluk-makhluk halus kerana ianya jelas bertentangan dengan syariat Islam. 


No comments:

Post a Comment

Sekilas Sejarah - Menuruti Nalarku

Manusia yang bertamadun lahir daripada masyarakat yang mempunyai coretan sejarahnya. Tanpa sejarah manusia tidak akan mengenali dirinya sen...