Manusia yang bertamadun lahir daripada masyarakat yang mempunyai coretan sejarahnya. Tanpa sejarah manusia tidak akan mengenali dirinya sendiri. Tiada suatu di dunia ini, tidak punya kisahnya samada berdampak positif mahupun negatif. Sejarah membawa kepada sebuah pengajaran yang bermakna agar manusia tidak jatuh untuk kali keduanya. Hatta setiap bayi yang dilahirkan ke dunia punya kisah di sebaliknya. Kenangan sejarah yang tidak mungkin sama sekali akan luput dari benak manusia. Sejarah satu perkara yang tidak boleh dirubah mengikut peredaran zaman, banyak sekali catatan sejarah yang menyoroti fakta yang terjadi, tetapi berapa banyak catatan manusia mengambil usaha dalam merungkai misteri yang akhirnya memperolehi ibrahnya.
Sejarah perlu ditulis bukan untuk dihafal, seandainya keadaan ini berlaku sudah pastinya sejarah akan lupus selemah usia manusia itu. Sejarah perlu dipelihara dari generasi ke generasi lain, kelestarian sesuatu tamadun manusia mempunyai keterbergantungan kepada nilai sesebuah sejarah. Manusia yang alpa tentang sejarah secara tidak langsung menuntun tangan ke zaman primitif. Kita tidak menolak sama sekali arus kemodenan sesuatu bangsa tetapi kemodenan mesti ditunjangi dengan nilai kebelakangan sejarah itu.
Setiap sejarah itu mempunyai nilai estetikanya, manusia tidak boleh lari dari nilai tersebut. Sejarah juga merupakan salah satu disiplin ilmu. Abad demi abad berlalu membawa 1001 macam kisahnya manusia tidak akan ketinggalan dek kerana sejarah, tetapi manusia yang tidak menghargai sejarah merupakan manusia yang bodoh kerana apa? manusia tidak mungkin jatuh berkali-kali di tempat yang samakan? sejarah umpama brek yang sentiasa memastikan keselamatan penggunannya.
Lebih parah lagi, ada segelintir manusia mudah sekali membuat jangkauan mengapa perlunya sejarah dalam mereka mengejar kemewahan kebendaan di dunia. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berani ke depan tanpa memperdulikan nilai sejarah itu. Sejarah membataskan arus pembangunan manusia di dunia. Sejarah hanya sekadar fakta, sejarah hanya sekadar matapelajaran yang wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sejarah hanya sekadar hikayat rekayasa yang menjadi sebuah mitos yang tidak berpaksi kepada nilai-nilai tertentu.
Anak bangsa sudah hilang jati diri mereka, mereka sudah tidak mahu tahu sejarah pejuang-pejuang Melayu yang sanggup berkerah keringat dan bergolok gadai nyawa menjadi taruhan dan itulah pengakhiran hidup mereka. Mereka tidak pernah mengharap dan meminta sejarah mereka ditulis apalagi mendapat anugerah, pangkat dan kekayaan harta atas kurniaan sultan-sultan satu ketika dahulu. Sejarah untuk anak bangsa yang bermaruah, anak bangsa yang berdaulat, anak bangsa yang berpelembagaan, anak bangsa yang punyai jati diri yang tinggi sehingga nilai patrotisme dan nasionalisme sentiasa subur memekar di alam sewarjagat ini,
No comments:
Post a Comment