TAJUK UTAMA

SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH FAKTANYA NAMUN SEJARAH PERLU DITELUSURI SEHINGGA MERUNGKAI MISTERI DAN MERUNGKAP IBRAHNYA

Wednesday, March 25, 2020

Onar Bintang Tiga Di Perak 1948-1989

Siri kekejaman pengganas komunis di Perak antaranya;
  1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.
  2. ada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.
  3. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.
  4. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.
  5. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.
  6. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.
Serangan Pengganas Komunis di Lenggong - Peristiwa Bechah Kemahang

Di Lenggong saja sudah banyak peristiwa berdarah berlaku, pembunuhan anggota keselamatan dan penduduk yang enggan bekerjasama. Bahkan, lebih 100 bekas Konstabel Khas (SC) di Perak berhasrat membuat perarakan bantahan besar-besaran jika hasrat membawa pulang Chin Peng diteruskan. Pendirian itu memang tepat pada masanya, kerana mereka yang bersabung nyawa mempertahankan negara dan jika hasrat itu diteruskan, ibarat luka lama berdarah kembali. Di perkampungan kecil Changkat Berangan, kira-kira 15 kilometer dari pekan Lenggong, tinggalan kesan aktiviti dan kekejaman komunis masih jelas kelihatan. Cuma, ia tidak dipelihara dan terjaga yang memungkinkan dua persoalan mengenai kedudukannya sekarang.

‘Peristiwa Bechah Kemahang’ yang berlaku di Changkat Berangan, Lenggong pada 1952, ketika era komunis mengganas memuncak. Kesan tempat kejadian dan sarang komunis masih jelas kelihatan. Pondok estet tempat komunis menggantung hingga mati tiga penduduk ada, cuma gua tempat persembunyian mereka yang digunakan untuk mengurung lebih 20 penumpang bas agak tersorok di hutan di banjaran Bintang Hijau. Pada tahun yang sama juga berlaku nahas udara sebuah pesawat penyerang dan pengebom British, Bristol Brigand PH755 yang terhempas ketika operasi mengebom sarang komunis di kawasan berkenaan menyebabkan tiga krew pesawat terbunuh.

Peristiwa itu merujuk kepada serangan komunis ke atas sebuah bas awam ulang alik dari Taiping ke Grik yang digelar penduduk sebagai ‘Mail Car’ kerana sering membawa bungkusan pos dan penumpang pada 1952. Ketika tiba di Bechah Kemahang, semua 30 penumpang diarahkan turun kerana komunis mengesyaki bas itu membawa anggota risik. Selepas menggeledah dan menyoal siasat, komunis tidak menemui individu dikehendaki menyebabkan mereka bertindak ganas.

“Berdasarkan cerita lisan daripada datuk saya, Osman Mat Piah, komunis menggantung sampai mati seorang wanita Cina dan dua wanita Melayu di pondok estet di tepi jalan. Penumpang lain dibawa ke gua di Bintang Hijau dan dikurung. “Mereka mencabar penduduk, jika mahukan tebusan hidup datanglah selamatkan. Ketika itulah muncul tujuh bersaudara terdiri daripada pasukan Homeguard tempatan bangkit menyerang kubu berkenaan dan menyelamatkan tebusan,” katanya. Homeguard tujuh bersaudara itu terdiri daripada Osman Mat Piah bersama dua beradik, Hussien dan Yaakob disertai tiga lagi anak Yaakob iaitu Mior Ahmad, Mior Kassim dan Mior Ariffin serta menantunya, Sulaiman Pandak Yusoff. Bersenjatakan senapang patah dibekalkan kepada pasukan kawalan kampung, tujuh bersaudara itu berjaya menyelamatkan tebusan selepas berlaku pertempuran selama tiga hari menyebabkan semua 30 komunis terbunuh. Polis yang menerima maklumat pertempuran menghantar pasukan diketuai pegawai British membantu menyerang komunis.


Antara kezaliman komunis sekitar Lenggong dan Grik:


800 komunis mengganas di Grik, Lenggong, Baling dan di Kroh sehingga menjadi padang jarak padang tekukur.

Bermula 1945, membakar rumah penduduk kampung yang enggan menerimanya sebagai pihak berkuasa iaitu:
Bukit Buloh.
Malau.
Kubang.
Kuala Kenering.
Sungai Terap.
Kampung Chua.
Kampung Beko
Manong
Kampung Chepor
Bukit Sapi, Lenggong.





No comments:

Post a Comment

Sekilas Sejarah - Menuruti Nalarku

Manusia yang bertamadun lahir daripada masyarakat yang mempunyai coretan sejarahnya. Tanpa sejarah manusia tidak akan mengenali dirinya sen...