Kemasyhuran dan kegemilangan seseorang pemerintah tidak lengkap sekiranya di dalam tiada isi dengan kehandalan ilmu dalam perang. Untuk buka sesebuah penempatan atau perkampungan bukan sesuatu perkara yang mudah, ketika Tun Saban tiba di Perak dan menetap di Hulu Pattani kemudian akhirnya membuka perkampungan di Relap Reli, Hulu Perak.
Catatan sejarah menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh Sultan Muzaffar Shah I dalam peperangan menentang Tun Saban kerana dikatakan beliau mempunyai ilmu kesaktian yang sangat tinggi. Kisah kesaktian Tun Saban diterjemahkan dalam hasrat Sultan Muzaffar Shah I berkehendakkan anakanda puteri Tun Saban (Tun Merah) untuk dijadikan sebagai gundik. Namun hasrat tersebut ditolak oleh Tun Saban.
Sultan Muzaffar Shah I mencari jalan bagaimana boleh baginda mendapatkan Tun Merah, akhirnya diperintahkan Tun Saban mencari kayu di dalam hutan untuk dijadikan istana yang baru, sepeninggalan beliau datanglah orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke istana. Tun Saban mendapat perkhabaran yang menimpa anakandanya, lalu dalam keadaan marah, beliau masuk semula ke dalam hutan, dan menebang pokok tualang sebesar 3 pemeluk dan ditajamkan hujung dan pangkalnya. Dipuja selama 3 hari kemudian, beliau melancarkan serangan ke atas istana Sultan Muzaffar Shah I dengan menerbangkan batang tualang sehingga mengakibatkan kerosakkan yang teruk pada istana baginda.
Sultan Muzaffar Shah I begitu marah dengan tindakan Tun Saban, tetapi tidak pula berkeinginan membalas serangan terhadap Tun Saban. Penulis merasakan berkemunkinan baginda sendiri mengetahui ketinggian ilmu kebatinan yang dimiliknya. Akhirnya Sultan Muzaffar Shah I menawarkan kepada sesiapa yang dapat menewaskan Tun Saban akan diberikan jawatan Bendahara di Perak. Walau bagaimanapun tiada sesiapa yang berani menyahut cabaran baginda kerana merasakan ketidakmampuan mereka menandingi kesaktian Tun Saban.
Pada dasarnya Sultan Muzaffar Shah I mengetahui tentang kehebatan dan kesaktian yang dimiliki oleh Megat Terawis seorang putera raja dari Pagaruyong. Dengan berbekalkan ilmu kebatinan yang bukan calang-calang, maka Megat Terawis menyahut cabaran baginda. Kota kubu yang dimiliki oleh Tun Saban juga salah satu bukti ketinggian ilmu perang yang dimilikinya, Megat Terawis tidak menyerang terus tetapi membuat satu intipan pergerakkan Tun Saban di kotanya,
Tun Saban dikatakan muncul sebanyak 3 kali di kubunya, warna pemakaian yang berbeza tatarannya di sebelah pagi berpakaian hijau, tengahari berpakaian putih dan berpakaian merah di sebelah petang. Megat Terawis memilih waktu petang untuk bersua muka dan beradu ilmu kesaktian yang dimiliki keduanya. Senjata Istinggar yang dibawa oleh Megat Terawis yang kebiasaannya hanya diguna pakai oleh pahlawan-pahlawan terbilang.
Percikan dentuman Istinggar yang memuntahkan pelurunya tepat menuju ke tubuh Tun Saban, tetapi sekali lagi tidak termampan apatah lagi mampu mencederakan Tun Saban, Jatuh berdetir di tanah, lalu dilihatnya tercatat di u itu bertulis perkataan "Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong. Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya menjadi Pembesar". Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai dalam peperangan ini.
Dalam versi lain, Megat Terawis berkumat kamit membaca mentera sebelum menembak Tun Saban. Tetapi lawannya bukan mudah ditumbangkan, kesiapan siaga dengan Tun Saban membuka pencak layak seorang pendekar dengan aturan kekudanya menanti serangan dari Megat Terawis. Sebaik sahaja peluru hampir ke tubuh Tun Saban hanya mengangkat tangannya menahan dan menangkap putaran peluru di dalam genggamannya. Megat Terawis dengan penuh yakin, meninggalkan Tun Saban keseorangan kerana beliau tahu keupayaan dan keutuhan ilmu kesaktian yang dimilikinya mampu menewaskan Tun Saban.
Peluru yang berada dalam genggaman Tun Saban tetap berputar sepertimana diarahkan tuannya. Tun Saban cuba sedaya mahu, sehingga orang cerita-cerita orang lama Tun Saban menahan kesaktian ilmu Megat Terawis selama sebulan. Tun Saban terus mencampakkan peluru tersebut sejauh mungkin namun berpatah balik peluru tersebut ke sasarannya jua sehingga mengorbankan nyawa Tun Saban.
Maka benarlah untuk menjadi seorang Bendahara yang hebat bukan sahaja mempunyai kepintaran akal dalam pentadbiran malahan seorang Bendahara itu semestinya mahir dalam ilmu persilatan dan memiliki beberapa ilmu kesaktian yang diperlukan semasa menghadapi sebarang ancaman musuh dalam sesuatu peperangan yang disertainya. Mana mungkin dapat menggalahkan serangan tentera Siam ke atas Perak, Kedah dan Melaka sekiranya Bendahara tidak memiliki ilmu kebatinan dan kesaktian ketika masa itu.
No comments:
Post a Comment