TAJUK UTAMA

SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH FAKTANYA NAMUN SEJARAH PERLU DITELUSURI SEHINGGA MERUNGKAI MISTERI DAN MERUNGKAP IBRAHNYA

Saturday, March 21, 2020

Mengenali Tun Saban

Kehebatan sesebuah kerajaan terletak kepada keagungan sultan yang memerintah dan kebijaksanaan pembesar-pembesar negeri dalam mentadbir urus pemerintahan negeri berkenaan. Kebiasaanya tokoh  yang masyhur dengan pemerintahan mereka yang memegang jawatan sebagai Bendahara. Sultan Muzaffar Shah I merupakan putera Sultan Mahmud Shah yang bersemayam di Kampar. Tun Saban tokoh yang begitu sinonim dengan Sejarah Penubuhan Negeri Perak. 

Siapakan Gerangan Tun Saban?

Tun Saban merupakan anak kepada Raden Mulkin yang telah berhijrah ke Hulu Muar. Kemudian, beliau telah berhijrah ke Bentan (seharusnya beliau ke Kampar) dan Sumatera setelah Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 bersama Sultan Mahmud Shah. Seramai 12 ahli keluarga Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Pattani dan kemudiannya ke Belum, sebuah kawasan di Hulu Perak lalu membuka kampung yang diberi nama Rilap Reli, seterusnya pemerintahan di Hulu Perak juga telah diasaskan oleh Tun Saban.

Catatan sejarah yang lain, beliau dipercayai anak Tun Perak (Bendahara Kerajaan Melaka), Menurut "Riwayat Negeri Perak Darul Ridzuan" nama  lengkap Tun Saban Ibni Tan Chendera Panjang Ibni Laksamana Tan Panjang, Melaka. Tun Saban berkahwin dengan Suri Maharaja Ibni Raden Sumbaden. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan 7 orang anak antaranya
  1. Tun Kelawang
  2. Tun Undan
  3. Tun Dalap (perempuan)
  4. Tun Kelalang
  5. Tun Belondi
  6. Tun Merah (perempuan)
  7. Tun Bongsu Bangsawan (perempuan).
Tun Saban bersama ahli keluarganya dan Sultan Mahmud Shah semasa berundur di Pulau Bintan pada 1526/27, semasa Portugis menyerang kedudukan mereka di sana. Tun Saban bersama keluarganya seramai 12 orang termasuk isterinya, 7 orang anaknya, 2 saudara lelaki dan 2 saudara perempuan bersama-sama dengan Raja Muzaffar di Kampar. Tidak lama kemudian Tun Saban balik ke Tanah Melayu dan menetap di Hulu Pattani, kemudian beliau membuka perkampungan baru yang bernama Rilap Reli, Hulu Perak.

Semasa Tun Saban menjadi ketua di Hulu Perak, beliau telah melantik adik perempuannya yang bernama Tun Perabu yang bergelar Tok Temong.



Tok Temong menjadi ketua di tempat bernama Temong Ulu, Mukim Chegar Galah Daerah Kuala Kangsar. Beliau juga merupakan antara individu yang sinonim dengan sejarah negeri Perak. Jelas daripada papan kenyataan di atas, menyatakan kewujudan kekuasaan di Hulu Perak oleh Tun Saban dan adiknya di Kuala Kangsar sebelum kedatangan Sultan Muzaffar Shah I lagi.

Semasa pertabalan Sultan Muzaffar Shah I di Perak, Tok Temong telah hadir sama di istiadat pertabalan dengan menghadiahkan kepada baginda Sultan Muzaffar Shah I sebuah geliga "Mestika Embun" dengan iringan 77 ekor gajah. Mestika Embun telah menjadi salah satu alat kebesaran negeri Perak sehingga ke hari ini.



Sebagai membalas persembahan Tok Temong, Sultan Muzaffar Shah I telah sebuah Puan Bujur iaitu bekas sirih kepada Tok Temong, tetapi dikembalikan semula oleh Tok Temong cuba berkehendakan ikrar janji daripada baginda iaitu Sultan Muzaffar Shah dan anak cucunya hendaklah memerintah di sebelah kanan mudik Sungai Perak, manakala Tok Temong dan cucunya memerintah di sebelah kiri mudik Sungai Perak. Berkisar kisah ini, kebanyakkan kota-kota istana dan makam sultan Perak terdahulu berada di sebelah kanan Sungai Perak. Cuma perjanjian ini berakhir selepas Sultan Idris Shah Murshidul Adzam Shah mula mendirikan kota istana di sebelah kiri Sungai Perak.

Catatan sejarah lagi ada mencatatkan Tun Perabu juga dipanggil nama Tok Tun Puteh, Tok Temong dan Raden Mulago. Beliau meninggal dunia di Kampung Temong dan dimakamkan di Temong yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Keramat Tok Temong. 

Ketika, Tun Saban tiba di Perak, masih lagi belum mempunyai raja. Tok Masuka yang berasal dari Daik dan memelihara seorang seorang Temusai iaitu Nakhoda Kassim. Sebelum beliau meninggal dunia mewasiatkan tempat beliau digantikan dengan seorang Raja yang berasal dari anak cucu Sang Sapurba supaya silsilah keturunan raja-raja dari Bukit Siguntang, Palembang ke Tanah Melayu tidak terputus.

Pelaksanaan wasiat perlu dilaksanakan dengan kadar segera, maka berangkatlah Tun Saban bersama rombongannya ke Kampar menemui Sultan Mahmud Shah yang menyampaikan hasrat negeri Perak berkehendakkan seorang putera baginda ditabalkan sebagai raja di Perak. Maka Sultan Mahmud Shah telah menghantar Raja Muzaffar Shah I bersama Megat Terawis dengan membawa beberapa peralatan kebesaran diraja.

Garapan artikel ini, tidak membahaskan tentang kejadian Raja Muzaffar Shah I bersama rombongannya setibanya di Beting Basah. Fokus garapan berkisarkan kepada Tun Saban, InshaAllah akan diperbahaskan pada garapan lain masa kelak. Raja Muzaffar Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah I oleh Tun Saban. Istilah 'Daulat' mula diperkenalkan semasa kisah di Benting Basah.

Persengketaan Sultan Muzaffar Shah I dengan Tun Saban

Terdapat beberapa catatan sejarah yang membahaskan tentang persengketaan ini terjadi antaranya;

1. Sultan Muzaffar Shah I ingin menjadikan anakanda Tun Saban iaitu Tun Merah sebagai gundik raja tetapi enggan dituruti oleh Tun Saban. 

2. Berlakunya fitnah kepada Tun Saban yang dianggap mahu merampas takhta pemerintahan di Perak oleh seorang pembesar Perak yang bernama Megat Terawis - catatan sejarah 'Hulu Perak'.

3. Rasa tidak puas hati Tun Saban yang tidak dilantik menjawat jawatan Bendahara yang ketika itu kosong, setelah Tun Mahmud diperintahkan pulang semula ke Johor oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. Selayaknya Tun Saban menjawat jawatan tersebut. Tetapi baginda Sultan Muzaffar Shah I menawarkan jawatan Bendahara kepada Megat Terawis.

Versi 1 - catatan yang diperjelaskan dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak.

Lantaran peselisihan faham Tun Saban dengan Sultan Muzaffar Shah I, beliau telah membina kota kubunya di Temong. Punca perselisihan itu disebabkan oleh Sultan Mudzaffar Shah yang berkehendakkan anak Tun Saban yang bernama Tun Merah untuk dijadikan gundik. Tun Saban tidak membenarkan. Baginda pun memanggil Tun Saban ke Istana serta menitahkan beliau pergi beramu (mencari kayu) di hutan untuk membuat Istana yang baru. Sepeninggalan Tun Saban, datanglah orang-orang Raja memanggil Tun Merah dan dibawa ke istana. Tun Saban pun terlalu marah dan kembali ke dalam hutan serta ditebangnya sepohon kayu tualang yang amat tajam di pangkal dan hujungnya. Batang kayu yang sudah ditajamkan itu dipuja selama tiga petang berturut-turu, akhirnya batang itu pun terbang berpandu menimpa istana Sultan Mudzaffar Shah menyebabkan banyak kerosakan berlaku. Apabila Baginda ketahui perbuatan itu datangnya dari Tun Saban, maka Baginda pun tersangat murka lalu memberi titah menawarkan pangkat Bendahara kepada barang siapa orang-orang Baginda yang dapat membunuh Tun Saban.

Megat Teraweh menyahut seruan Baginda itu lalu keluar mencari Tun Saban dan mendapat tahu bahawa Tun Saban sedang berkubu di Kuala Temong, dan boleh dilihat muncul di atas kubu tiga kali sehari, di sebelah pagi berpakaian hijau, tengahari berpakaian putih dan sebelah petang berpakaian merah.

Megat Teraweh tiba pada waktu petang dan berjaya menembak Tun Saban dengan istinggar, terkena dada Tun Saban tetapi tiada telap (tembus). Peluru itu jatuh ke tanah lalu diambil oleh Tun Saban dan dilihatnya peluru itu bertulis perkataan "Inilah peluru anak Raja Pagar Ruyong. Barang dimana ia terjatuh di situlah tuannya menjadi Pembesar". Maka tahulah Tun Saban bahawa ajalnya telah sampai dalam peperangan ini, lalu disuruhnya orang memangil Megat Teraweh. Beliau diminta oleh Tun saban supaya berkahwin dengan puteri yang bernama Tun Bongsu Bangsawan. Permintaan Tun Saban itu diterima dan beliau dinikahkan di hadapan Tun Saban. Selepas itu Tun Saban pun meninggal dunia dan dikuburkan di suatu tempat bernama Changkat Merah, Hulu Perak. Beberapa orang dari cucu-cicit Tun Saban dilantik menjadi orang Besar di Negeri Perak.

Baginda Sultan Mudzaffar Shah sangat sukacita mendengar Tun Saban sudah mati. Megat Teraweh dikurniakan gelaran Bandahara Paduka Raja, menggantikan Tun Mahmud. Sejak itu jawatan Bendahara di negeri Perak berasal dari keturunan Megat Teraweh dan hanya berakhir pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain, Sultan Perak yang ke-15 apabila Bendahara Megat Abu Kassim meletak jawatannya.

Versi II

Ada catatan yang mengatakan Sultan Muzaffar Shah telah berkahwin dengan Tun Merah (anak perempuan Tun Saban). Maka dikesempatan ini, Tun Saban dikatakan melantik pembesar-pembesar Negeri Perak di kalangan anak-anaknya;


  1. Tun Undan - Temenggung
  2. Tun Kelalang - Pemerintah di Hulu Perak
  3. Tun Belundi - Pemerintah di Bukit Gantang, Trong
  4. Tun Kelawang - Pemerintah di Hulu Kinta
  5. Megat Terawis - Bendahara.
Megat Terawis telah berkahwin dengan sepupunya, catatan sejarah lain ada menyatakan ada sebab kedatangan Megat Terawis ke Perak untuk bertemu dengan ayah saudaranya iaitu Tun Saban. Maka bermulalah Bendahara Perak diwarisi dari keturunan Megat Terawis antaranya

  1. Megat Shuib
  2. Megat Manja
  3. Megat Iskandar
  4. Megat Terawis II
  5. Megat Pendia
  6. Megat Abu Kassim
  7. Megat Said 
  8. Megat Lambat Makan
Berakhirnya era Megat menjawat jawatan Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III (1728-1744) seterusnya delagasi Bendahara  berpindah semula dari kerabat diraja sehingga kini. 

Kehebatan/Ketinggian Ilmu Kebatinan yang dimiliki oleh Tun Saban.
(bersambung pada garapan artikel yang akan datang)









No comments:

Post a Comment

Sekilas Sejarah - Menuruti Nalarku

Manusia yang bertamadun lahir daripada masyarakat yang mempunyai coretan sejarahnya. Tanpa sejarah manusia tidak akan mengenali dirinya sen...